Perginya seorang aku
Jauh sekali benci
Terpisah ketika manisnya ukhuwah begitu terasa
Takdir sudah tertulis
Pahit,
Tetapi hujung pangkal tersangkut baiknya
Siapa aku mahu menolak
Ku turut jua perjalanan ini
Ditinggalkan sepi di padang asing
Cuba ku padam diri yang suram
Mengukir sebolehnya senyuman indah
Walau duri datang menimpa
Ku percaya Dia sentiasa melindung
Mengusung takut di diri
Lalu dicampak dan terus menghilang
Lemah diri tajam direnung
Cuba meraih kekuatan diri
Yang semakin lama sukar dikenali
Cuba meraih kekuatan diri
Yang semakin lama sukar dikenali
Perlahan
aku sarung topeng gagah perkasa
aku sarung topeng gagah perkasa
***
Satu hari nanti
Pasti aku akan pergi
Pergi yang tak kembali
Ya,
Menghadap ilahi
Sungguh diri ini lemah
Dinodai debu dosa
Setiap detik setiap saat
Yang tidak henti menghuni diri
Mati
Bila sahaja boleh terjadi
Walau waktu yang tak disangka
Jika itu saatnya
Maka tinggallah jasad,
Tidak bernyawa
Jika tiba saat itu
Aku hilang aku pergi
Maafkanlah segala silap diri
Yang tak terkira dek jari
Teruskan hidupmu umi
Teruskan hidupmu ayah
Teruskan hidupmu adik-adikku
Teruskan hidupmu teman;
Walau tanpa aku di sini
Sungguh diri ini berharap
Agar aku Kau terima di sisi
Walau hanya di pinggir rahmat-Mu
Comments
Post a Comment