Hitam putih (cerpen)
"Weh, ada big news!" Lelaki yang pendek itu kelihatan mengah mengejar kawannya yang tinggi itu. Slowlah sikit, penat kot!
"Wo wo, kenapa? Excited semacam je kau ni"
"Tak lah. Guess what, dua tahun berturut-turut Firdaus pegang title number 1 dalam aliran" Rayyan tu memang bodoh! Harap poyo je lebih.
"Awesome! Aku dah agak dah, Rayyan tu berlagak nak mampus, padahal dah terang lagi bersuluh yang Firdaus lagi perfect dari dia. Lepastu diari dia tu memang tak boleh lepas dari tangan. Nampak sangat feminin! Hahahaha"
Rayyan menggenggam jari-jemarinya dengan kuat. Urat-uratnya jelas kelihatan. Dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah tewas dengan Firdaus dua kali berturut-turut. Bengang. Perkataan itu cukup untuk menerangkan apa yang dia rasa sekarang. Mana tidaknya, dia study siang malam pagi petang, struggle gila gila. Tapi, habuk pun takda. Kau tunggu lah Daus, I'll prepare something for you...
Dagunya digaru perlahan. Tak gatal pun, saja nak tambah gaya.
Memori otaknya digeledah sebentar, kerja overtime sikit.
"Sebab sorang baik, sorang lagi jahat"
"Oh I see, Rayyan hitam Firdaus putih"
"Bingo!"
Mata Rayyan meliar mencari tempat duduk yang kosong. Dia mengeluh, semua tempat sudah penuh. Tanpa berfikir panjang, dia melabuhkan punggungnya ke atas lantai kantin. Peduli apa aku, perut aku dah meroyan minta makanan. Dengan pantas dia membuka penutup bekalnya, organic bun yang menjadi kegemarannya sejak tahun dua lepas dimakan selaju mungkin. Selagi tak penuh mulutnya dengan bun tadi, selagi itu disumbatnya.
"Aku dah baca dalam hati la mangkuk! Kau tak payah nak menyibuk boleh tak? Ada jugak yang makan penumbuk aku ni kang", Rayyan meninggikan suaranya. Serpihan-serpihan bun tadi terkeluar dari mulutnya setiap kali dia mengeluarkan kata. Dilihatnya perempuan tadi berlalu pergi dengan wajah yang terkejut. Nak nangis la tu, gedik!
Baru sahaja dia mahu menyumbat lagi bun kegemarannya itu, dia ternampak Firdaus duduk di sebelahnya. Dengan selamba Firdaus meletakkan roti sardin roll di atas riba Rayyan. Ni lagi sekor, buat aku hilang selera je!
"Makanlah roti ni, kau fikir organic bun kau tu sedap ke? Aku pernah rasa la, tawar nak mampus. Lagi satu, tak payah la cakap tengking-tengking, it's cruel", Firdaus memulakan bicara. Diari tu lagi, apa yang penting sangat lah. Kalau boleh pergi mana-mana pun mesti dia nak bawa.
"Dalam kubur nanti sesorang jugak, takdanya orang teman"
"Aku harap kau ada bila masa tu tiba, at least aku boleh tengok kau buat kali yang terakhir..."
Perlahan Firdaus menyentuh dada kirinya, diusapnya dengan perlahan. Penat. Matanya sudah pun berat dan tidak lama kemudian dia lena. Kelihatan ada air jernih jatuh perlahan-lahan menuruni pipinya. Menjadi peneman tidur, sekali lagi.
Pn Khadijah jatuh terduduk, air matanya mula memainkan peranan. Dengan segera Rayyan mendapatkan ibunya. Dia cuba gagahkan diri supaya tidak turut serta menangis. At least dia boleh jadi tempat ibunya bergantung harap. "Sabar bu, sabar", seraya itu Rayyan membantu ibunya untuk duduk di atas kerusi di sebelahnya.
"Ni memang peluang terakhir untuk aku. Plan ni memang gempak, aku nak dia betul-betul benci dekat aku", Rayyan merenung gambar familinya yang terletak di atas meja belajar. Perlahan, bibirnya mengukir senyuman.
Rayyan memandang kalendar, 10 Julai. Woo, this is the right day to beat him up! Just wait and see Daus!
Dia mandi dengan pantas. Selepas bersiap, dia mecapai beg galasnya lalu turun ke dapur. Dicapainya bun organic tersebut lalu bergegas ke pintu utama rumahnya. Usai memakai kasut, dia berjalan kaki ke sekolah.
Lembap betul si Daus tu, dah tau Pak Harun selalu lambat jalan kaki je kan senang. Saja nak menggedik duduk dalam kereta rasa air-cond, tengok aku ni ha, dapat hirup udara segar!
Rayyan tersenyum lebar. Hari ini adalah hari yang paling bersejarah baginya kerana semua rancangannya akan dijalankan dengan teratur. Bun organic tadi perlahan disua ke mulut. Lapar gilaaa!
Apabila tiba di sekolah, dia masuk ke kelas dengan pantas. Dikeluarkannya sebuah buku nota panjang berkulit keras.
"Chemist pun chemist lah", buku itu dibuka perlahan, dikoyakkannya secebis kertas. Ayat yang sudah disusun itu ditulis satu per satu di dalamnya. Tanpa membuang masa, dia meletakkan nota tersebut di bawah meja Daus.
"Weh kau buat apa tu?" Sergah Farid, lelaki poyo yang berkulit hitam manis merangkap ketua kelas.
"Oh mak nenek jatuh tergolek berpusing", Rayyan melatah.
Satu, dua, tiga.
Rayyan menutup mulutnya. Gila malu weh. Hilang hensem aku.
"Blah la kau, tak payah semak"
Farid yang terdengar Rayyan melatah sebentar tadi ketawa besar. Selama dia kenal dengan Rayyan, tidak sekalipun dia sedar bahawa Rayyan merupakan kaki latah.
"Kalau aku rakam tadi masuk kat youtube, confirm jadi viral!"
"Malas nak layan bangla macam kau", Rayyan berlalu pergi.
***
"Jumpa dekat dalam bilik aku lepas balik sekolah. Pukul 3.30, datang lambat aku tibai. #RayyanHensem"
Firdaus tersenyum membaca nota di bawah mejanya. Perlu ke nak berhashtag bagai ahahaha. Eh tah tah dia nak wish birthday aku tak? Dah dua tahun kot dia tak wish!
Tamat saja waktu persekolahan, Firdaus bergerak pulang, tak sabar nak jumpa Rayyan. Hatinya berbunga riang. Dah lama dia tunggu saat ini. Ya, saat dia akan bersatu semula dengan Rayyan, abang kembarnya.
"Rayyan", Firdaus berkata seraya membua pintu biliknya. Dan pada masa itu juga air jatuh membasahinya. Muka Firdaus bertukar 100%, terkejut. Ya, perkataan itu amat tepat untuk menggambarkan perasaannya.
Rayyan yang sedang duduk di atas kerusi menghadapnya ketawa besar. Geli hati melihat keadaan Firdaus ketika ini. Here we start, my beloved Daus...
"Air apa kau letak ni Yan?", Firdaus membuat muka toya. Busuk gila wehh!
Rayyan menghadiahkan sebuah senyuman sinis.
"Oh, aku amek dekat jamban", baru kau rasa!
Rayyan membuat muka selamba. Firdaus dihadapannya kelihatan menunduk. Bibirnya terketar-ketar menahan rasa marah dan sedih. Sabar Daus, ni baru sikit je. Ya Allah...
"Masuklah! Tutup pintu sekali eh, lock", Rayyan mengarah.
Firdaus menurut. Takpe, why not aku follow the flow kan.. Let's see, apa yang kau mampu buat on my birthday.
Rayyan mula duduk di birai katil. Mukanya kelihatan tenang.
"Kau duduklah kat kerusi tu. Hati-hati, aku taknak bau tu lekat"
Sebaik sahaja Firdaus meletakkan punggungnya di atas kerusi, dia terus terjatuh. Ya, jatuh terduduk. Sakit hatinya tidak terbanding dengan sakit yang dia rasa ketika ini. Matanya mula berkaca.
"Kenapa dengan kau Rayyan? Kau nak apa?", lembut Firdaus menutur kata.
"Kau tak payah nak tunjuk baiklah depan aku, sumpah aku benci. Nah, tengok ni", seraya itu Rayyan menghulurkan telefon pintarnya kepada Firdaus.
Firdaus mengambilnya dengan teragak-agak. Bimbang dengan apa yang bakal dilakukan Rayyan. Firdaus mengalihkan matanya ke arah telefon milik Rayyan. Ada sebuah video yang telah dirakam sendiri oleh Rayyan. Tempat di dalam video tersebut seakan-akan dia kenal. Padang belakang rumah? Perasaan ingin tahunya semakin tinggi. Tanpa banyak tanya butang play ditekan.
Kelihatan muka Rayyan amat gembira di dalamnya. Rayyan tersenyum riang.
"Hai Firdaus, nampak tak apa yang aku pegang ni?"
Perlahan nota-notanya dikoyak. Sehelai demi sehelai.
Firdaus terbeliak.
"Em, time for textbooks!"
Rayyan mencapai semua buku teks milik Firdaus yang telah diambilnya di locker Firdaus. Dijatuhkannya satu per satu di atas tanah. Mancis dikeluarkan dari poket lalu dinyalakan.
Pap!
Rayyan menjatuhkan mancis tersebut. Api yang muncul itu perlahan-lahan memakan buku teks firdaus.
Rayyan berlari ke kamera. "Love you"
Firdaus berhentikan video itu.
"Kau gila ke Yan? Buku-buku aku tu macam mana? Nak study macam mana nanti? Banyak sangat duit kau nak ganti balik ha?!", suara Rayyan sedikit tinggi. Agak tercabar dengan tindakan Rayyan.
"Kau yang gila Daus. Bukan ke lagi dua minggu kau nak mampus dah? Buat apa nak belajar? Buang masa je. Baik kau bertaubat awal-awal, senang nak mengucap nanti!"
Firdaus tersentak. Agak terasa dengan kata-kata Rayyan. Air matanya jatuh dengan deras. Ya, hari kematiannya sudah semakin dekat sehingga boleh dibilang dengan jari!
"Sebelum aku mati, aku nak kita berbaik. Itu permintaan terakhir aku. Tolong Yan", rintih Firdaus.
"Kau tengok muka aku ni, ada ke macam nak berbaik dengan kau? Hell, no! Cepat sikit mati tu, aman dunia"
Firdaus menangis semahunya. Badannya terhenjut-henjut dek rasa terkilannya dengan Rayyan.
"Sampai hati kau Yan....", suara Firdaus mendayu-dayu. Rintihannya panjang, getar halus suaranya menyapa telinga Rayyan. "Tak kesian ke kau dekat aku? Kejamnya kau Yan. Aku layan kau baik-baik, even kau kutuk maki aku. Aku still sabar, aku hadamkan je semua. Sebab aku tau kita adik-beradik. Ada pertalian darah. Pertalian yang kuat, tak sama macam kawan-kawan yang lain. Tapi kau tak pernah treat aku as a brother! Aku kecewa sangat dengan kau Yan. Jujur dengan aku, aku tau kau sayang aku. Kan?"
Kata-kata Firdaus penuh dengan harapan. Rayyan diam, berfikir panjang dengan apa yang telah diluahkan Firdaus. Aku rasa plan aku dah menjadi ni. Bantu aku Ya Allah. Permudahkan segalanya.
"Tak. Walaupun sebesar kuman", Rayyan menjeling. Meluat dengan Firdaus.
"Kau tipu!"
"Terpulang pada kau nak percaya ke tak. As you know, aku bukan jenis yang suka menipu"
Firdaus memandang tepat anak mata Rayyan, lama. Rayyan terkesan sesuatu. Pantas dia mengalihkan pandangannya.
"Unfortunately, your eyes cannot lie", Firdaus cuba menyorokkan senyumannya. Dilihatnya riak muka Rayyan sudah berubah. Perlahan Firdaus bergerak ke arah Rayyan. Rayyan hanya memerhati gelagat kembarnya itu, malas mahu ambil tahu. Firdaus kini berada betul-betul dihapadan Rayyan. Dia menghadiahkan senyuman. Ya, senyuman yang tidak pernah lagi Rayyan lihat sebelum ini. Apahal tenang semacam mamat ni? Persoalan yang bermain-main di mindanya diendahkan. Tanpa disangka-sangka, Firdaus merangkul tubuh kembarnya itu. Dipeluknya seerat mungkin. Rayyan terpaku. Mulutnya seakan digam. Badannya kaku. Tidak tahu apa yang perlu dibuat. "Rayyan, lepasni aku dah takda dah, doktor dah panggil. Tinggal lebih kurang 2 minggu je, and maybe this is our last conversation. Aku tak tau, samada kau akan teman aku time aku tengah nazak tu ke tak. Tapi instinct aku kuat, rasa macam kau takkan tengok, teman aku." Firdaus membiarkan air matanya mengalir. Tidak peduli samada dia merupakan penyebab baju Rayyan basah. "Aku nak kau tau, aku sayang kau gila nak mampus, sumpah. Aku rindu kita yang dulu, yang tak bermusuh, yang selalu melekat sama-sama time susah senang. I won't forget our moments, eventhough aku tau aku tak boleh nak ingat balik lepas ni sebab aku akan ada dekat alam lain. Cuma, aku harap sangat, kau jaga ibu baik-baik tau. Kau pun, jangan asyik fikir pasal orang lain je. Diri kau ni pun tak terjaga. Jangan tinggal solat, no matter what."
"Terpulang pada kau nak percaya ke tak. As you know, aku bukan jenis yang suka menipu"
Firdaus memandang tepat anak mata Rayyan, lama. Rayyan terkesan sesuatu. Pantas dia mengalihkan pandangannya.
"Unfortunately, your eyes cannot lie", Firdaus cuba menyorokkan senyumannya. Dilihatnya riak muka Rayyan sudah berubah. Perlahan Firdaus bergerak ke arah Rayyan. Rayyan hanya memerhati gelagat kembarnya itu, malas mahu ambil tahu. Firdaus kini berada betul-betul dihapadan Rayyan. Dia menghadiahkan senyuman. Ya, senyuman yang tidak pernah lagi Rayyan lihat sebelum ini. Apahal tenang semacam mamat ni? Persoalan yang bermain-main di mindanya diendahkan. Tanpa disangka-sangka, Firdaus merangkul tubuh kembarnya itu. Dipeluknya seerat mungkin. Rayyan terpaku. Mulutnya seakan digam. Badannya kaku. Tidak tahu apa yang perlu dibuat. "Rayyan, lepasni aku dah takda dah, doktor dah panggil. Tinggal lebih kurang 2 minggu je, and maybe this is our last conversation. Aku tak tau, samada kau akan teman aku time aku tengah nazak tu ke tak. Tapi instinct aku kuat, rasa macam kau takkan tengok, teman aku." Firdaus membiarkan air matanya mengalir. Tidak peduli samada dia merupakan penyebab baju Rayyan basah. "Aku nak kau tau, aku sayang kau gila nak mampus, sumpah. Aku rindu kita yang dulu, yang tak bermusuh, yang selalu melekat sama-sama time susah senang. I won't forget our moments, eventhough aku tau aku tak boleh nak ingat balik lepas ni sebab aku akan ada dekat alam lain. Cuma, aku harap sangat, kau jaga ibu baik-baik tau. Kau pun, jangan asyik fikir pasal orang lain je. Diri kau ni pun tak terjaga. Jangan tinggal solat, no matter what."
Seraya itu Firdaus melangkah keluar, tetapi Rayyan lebih pantas menghalang. "Kau sedar tak kau ni busuk, lepastu ada hati nak peluk aku", Rayyan mencebik. "Dah, kau boleh blah", Rayyan menolak kasar tubuh Firdaus. Firdaus bingung. Yan tak rasa apa-apa ke? Dia tak sedih ke? Pantas, Firdaus meninggalkan Rayyan.
Kaki Rayyan membawanya ke meja belajar. Kerusi ditarik perlahan lantas punggungnya dijatuhkan. Automatik, tangannya pantas menulis sesuatu di atas sebuah buku yang agak famiiar itu.
***
25 Julai ; 6.04 a.m.
Firdaus mengeluh perlahan. Kelibat Rayyan langsung tak dilihatnya. "Laki ni serious ke taknak jumpa aku? even on my last day ever on earth". Firdaus menguatkan dirinya. Qowiy la sikit isy kau ni pun tak jantan langsung. Firdaus cuba menenangkan hatinya. Tidak lama lagi dia akan pergi. Meninggalkan fatamorgana dunia, pergi menghadap Ilahi yang kekal abadi.
"Pergilah jumpa Dia. Aku dah menyampah nak tengok muka kau kat dunia ni lagi. Matilah cepat", Rayyan memberi sebuah jelingan yang tajam. Bismillah...
Firdaus kelihatan sedikit tersentak. Ya, dia agak terkejut dengan kedatangan Rayyan. Walaupun kata-kata Rayyan keras bunyinya, dia amat gembira kerana Rayyan masih juga datang menjenguknya, pada hari terakhir dia berada di dunia ini.
Belum sempat Firdaus membuka mulut, ingin mengatakan sesuatu kepada Rayyan, dadanya berasa sesak. Sakitnya seperti dicucuk-cucuk jantungnya. Pandangannya menjadi kabur. Kelibat doktor dan ibu yang menyusul di belakang kelihatan semakin pudar. Dunianya mula bertukar menjadi hitam, dan akhirnya satu hembusan nafas yang berat dilepaskan.
***
"Rayyan, kau balik rumah ibu kau kan harini? Well, cuti semester kan dah start", Daniel melemparkan pandangannya kepada temannya itu. Dia mengaku, Rayyan seorang yang misteri. Tidak sekalipun Rayyan berkongsi dengannya tentang asal-usul, keluarga dan yang sewaktu dengannnya.
Rayyan membalas pertanyaan temannya itu dengan senyuman. Ya, sejak peristiwa itu berlaku, dia kini semakin murah dengan senyuman. Aku taknak orang tertipu, like how arwah did. Rayyan tertawa kecil. Air jernih yang mula mengisi tubir matanya dibiarkan begitu sahaja.
Daniel yang berada disebelahnya kelihatan agak terkejut. Pehal dia nangis ni? Kau pikir aku reti pujuk orang ke?. "Kau kenapa? Hilang macho weh", Daniel mengejek. Rayyan tersenyum, "kau tak pernah rasa curious ke, pasal aku?", dia menduga. Daniel sedikit mendongak. Ingin melihat raut wajah pemilik suara itu.
"Kita kan dah lama kawan, tapi sikit kau tak tau pasal diri aku. Yes, aku admit. Kau adalah orang yang paling aku percaya if compared to others and sekarang aku rasa is the right time to tell you everything", sambung Rayyan lagi.
"Kenapa kau suruh orang panggil kau Rayyan?", Daniel mula mengeluarkan suara. Dia berasa lega, kerana soalan yang paling ingin ditanyakan sejak dulu lagi akhirnya telah diutarakan.
"Oh, Rayyan?", Rayyan tersengih. Air jernih yang sudah hilang tadi kemudian muncul semula. Rayyan cuba menenangkan dirinya. Suasana dibiarkan sepi. Daniel tidak mahu mengganggu mood kawannya. Biarlah dia mengumpul kekuatannya dulu sebelum menceritakannya kepadanya. Kebenaran memang menyakitkan, kan?
"Rayyan tu abang kembar aku. Dialah satu-satunya adik-beradik aku. Ayah aku dah lama meninggal, jadi dulu kami hidup bertiga je, dengan ibu. Masa umur aku 14 tahun, tetiba je aku ada masalah jantung. Semua panik, ibu cepat-cepat hantar aku pergi hospital. Si Rayyan tu habis bengkak muka dia duk menangis je", Rayyan berhenti bercerita, tangannya perlahan menyeka air mata yang tidak henti-henti.
"Teruk jugak lah, sampai perlukan bantuan jantung tiruan. Tapi jantung tiruan tu boleh guna sekejap je, 2 tahun. Lepas aku keluar dari hospital, Rayyan berubah 360 darjah. Dia jadi jahat, dia dah tak macam dulu. Perangai dia memang gila lah aku cakap, setiap hari mesti dia ada buat aku sakit hati. Sakit hati yang terlampau sangatlah aku cakap. Sampai aku sendiri dah tak tahan. Semua benda jadi pelik. Dari perangai sampailah makanan favourite. Kau tau, all the time dia asyik makan organic bun je. Aku pun tak tau apa yang sedap sangat, aku pernah rasa. Sumpah nak muntah. Tah, mungkin anak tekak dia nak kelainan kot", Rayyan tertawa kecil, sungguh dia rindu kembarnya itu.
Daniel mendengar dengan setia. Semakin Rayyan cerita, semakin dia rasa tertanya-tanya. "Dia kat mana sekarang?"
Rayyan memandang temannya itu, "Rayyan sekarang dalam kubur, dia dah meninggal". Daniel tersentak.
"Rayyan dulu selalu guna modal 'mati' untuk sakitkan hati aku. Sebab doktor pun predict aku hidup tak lama. Aku selalu minta dia temankan aku time aku dah nak pergi, tapi dia refused. Sebolehnya dia akan buat aku benci kat dia. Dalam 2 minggu je before sampai tarikh mati aku, aku dah kena duduk kat hospital. Tapi dia tak lawat langsung. Sampailah on the day yang kononnya di-predict aku akan mati tu, dia tetiba muncul. Last word dia cakap kat aku, dia suruh aku mati cepat. Pedih weh, aku sedih sangat, kembar aku sendiri cakap macam tu. Aku nak balas kata-kata dia, tapi aku terus pengsan".
Daniel mengusap belakang badan Rayyan, cuba memberi kekuatan walaupun sedikit. "Kau tau tak, bila aku buka mata je, aku nampak ibu. Dia senyum kat aku, muka dia tak nampak gembira. Senang cerita, muka dia memang tak boleh describe time tu. Aku rasa bersyukur gila sebab masih ditakdirkan untuk terus hidup. First thing aku tanya ibu, 'mana Rayyan?'. Lepas aku tanya macam tu, air mata ibu mengalir laju. Time tu aku rasa something. Yes, bad feeling. Ibu pandang aku, dia cakap Rayyan dah pergi. Aku rasa macam nak pitam lepas dengar jawapan ibu aku. Tak lama lepastu, ibu hulur satu buku ni. Macam familiar, rupanya diari Rayyan. Aku baca satu per satu muka surat diari dia tu", Rayyan tidak dapat menahan perasaannya tika ini. Air matanya bagaikan air terjun yang mengalir deras.
"Lepas je aku baca, semua aku dah faham. Every single thing. Rupanya, lepas dari aku keluar hospital dulu tu, Rayyan dah tekad nak sedekah jantung dia kat aku, even dia tau kalau dia bagi jantung dia kat aku, dia akan mati. Start from that day, dia makan organic bun setiap hari. Sebab dia nak jaga jantung dia, supaya berkualiti and kuat, biar aku rasa sihat je bila guna jantung dia. Dia layan aku kasar, dia sakitkan hati aku, sebab dia nak buat aku benci dia. Supaya aku tak rasa sedih bila dia mati. Supaya aku tak rasa kehilangan bila dia tak ada". Rayyan menjadi semakin tenang. Dihembus nafasnya perlahan-lahan.
Disentuh perlahan dada kirinya, dimana jantung Rayyan terletak, "Sebab tu aku tak nak orang panggil aku Firdaus, because Rayyan is inside me".
***TheEnd***
"Hitam,
Tak semestinya hitam itu kotor,
Tak semestinya hitam itu hina,
Tak semestinya hitam itu jahat;
Kadang,
Hitam itu lebih suci dari putih"
Comments
Post a Comment