Siapa







Dia,
Agak sukar difahami,
Perbuatannya kadang menimbulkan banyak persoalan insan lain,
Sukar juga dijangka,
Oleh orang sekeliling

Dia,
Sering leka dengan dunia sementara,
Tertipu dengan keburukan dosa
yang disalut kebahagiaan
Sehingga lupa akhirat menanti,
Di hujung sana

Dia,
Tiada kekuatan,
Malah lemah tak berdaya,
Kalah dengan syaitan durjana,
Yang berusaha menyesatkan manusia
yang lalai

Dia,
Sering dilupakan,
Kehadirannya jugak tak diambil peduli,
Kadang terasa tersisih,
Tanpa sedar ada dua makhluk suci
yang sentiasa mencatit
Segala amalannya di kiri dan kanan

Dia,
Menutur kata selamba,
Tanpa memikirkan hati dan perasaan yang terguris,
Ego yang tinggi itu juga,
Seakan sudah sebati
dengan dirinya

Dia,
Cap dirinya betul sahaja,
Menunding salah itu ini,
Menghukum tak henti-henti,
Tanpa menyedari kesalannya sendiri

Dia,
Tidak berfikir panjang
sebelum melakukan sesuatu
Tidak ambil kira dosa pahala
Membuatkan aku keliru dengan diri sendiri
Kerna dia adalah,
Aku.







Comments

Popular Posts