Neraka
"Haih, penat aku nak berlakon depan makhluk tu semua. hm lantak ah, asalkan dorang pikir aku ni baik. hakhakhak!"
Asap berkepul-kepul keluar dari mulut Raina. Kononnya dah terer hisap rokok lah. Heh.
"kring kring"
Henfon bersuara.
"kacau lah, manusia mana pulak ni"
Membebel.
"Ye, Assalamualaikum?"
Suara dilembutkan.
"Waalaikumsalam. Raina, esok kita pergi ceramah sesama nak?"
Siti, merangakap kawan baik Raina menyahut di hujung talian.
"Ceramah? Wahh, nak nak! Bila?"
Dalam hati Raina sudah menyumpah-nyumpah 'kawan baik'nya itu.
"Lepas zuhur k? Tunggu kat bustop dpn kedai mamak tu"
"Okay, jumpa esok. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam"
Sebaik sahaja talian diputuskan, Raina mencampak iPhonenya ke atas katil.
"kacau lah minah ni!"
Raina memasukkan hujung putung rokok ke dalam mulutnya kembali. Dia, tersengih.
*********************
Kasut, stoking, jubah, handsock, tudung labuh. Semua lengkap. Siti melihat pakaian Raina dari bawah hingga ke atas. Hatinya tidak menafikan bahwa Raina memang lawa.
Raina tersengih.
"Jom ah gerak sekarang".
Siti menarik lembut lengan Raina. Sungguh, dia kasih dengan sahabatnya itu.
*********************
"Penat aku woii. Bukan dapat pape pun pegi ceramah tadi. Buang masa"
Raina mengangkat gelas yang berisi wain di tangannya.
"Allah huakbar Allah huakbar"
Asar.
"Hm, tak payah nak solat sangat lah Raina, depan orang je kau solat"
Syaitan membisik.
"Betul tu, baik aku tido sekarang."
Gelas tadi diletakkan semula di atas meja. Kemudian terus sahaja badannya dilayang ke atas katil.
*********************
Kosong. Luas. Matanya meliar ke serata tempat. Menyeramkan. Banyak darah di lantai. Raina takut. Dia menoleh kebelakang. Ingin cari jalan pulang.
Tekejut.
Dia melihat seorang lelaki memegang gunting yang besar. Kemudian mengeluarkan lidahnya sepanjang yang boleh.
Rania tergamam.
Lelaki tersebut menggunting lidahnya. Zupp, lidahnya jatuh. Darah mengalir tanpa henti.
Jijik.
Zupp, sekali lagi. Hampir seluruh lidahnya digunting. Darah mengalir laju.
Banjir.
Ya, banjir darah!
Raina kaku. Dia ingin lari dari situ, tapi kakinya seakan diikat. Dia juga ingin tahu apa yang lelaki tadi buat dengan lebih lanjut.
Kerja gila!
Lelaki tadi memasukkan tangan kanannya ke dalam kerongkong. Cuba tarik lidahnya. Tak boleh. Cuba sekali lagi. Gagal. Dia memasukkan kedua tangannya pula.
Mata Raina membuntang.
Lelaki tadi tarik sedaya upaya. Muntah. Lelaki itu muntah. Hijau.
Eii.
Lelaki itu tak tahan. Tetapi tangannya terus sahaja menarik lidahnya. Sekuat hati! Urat-urat di mukanya jelas tertimbul. Matanya seolah-olah akan tersembul keluar. Akhirnya. Dia berjaya. Diguntingnya berulang kali.
Raina runsing.
"Hey, kenapa kau buat macam tu? Tak ada otak ke ha?"
Dia menengking.
Lelaki tadi menghulurkan senyuman. Senyuman yang sukar ditafsirkan.
"Ini balasan kerana aku banyak menipu"
Raina bungkam. Tak sampai seminit dia berasa lain macam. Dilihatnya tanah tempat dia berpijak.
Cair. Panas.
Badannya sedikit-demi-sedikit tenggelam. Panas! Panas! Panas!
Raina menggelupur.
Dia bangun dengan pantas. Kulitnya melecur. Panas yang amat sangat. Sakit!
"Adakah ini....ne..ne...neraka.......?"
Datang seekor ular. Besar.
Melilit kakinya. Raina kecemasan. Cuba melepaskan dirinya. Badan ular yang bersisik itu membuatkan kulitnya berasa sakit. Ditambah pula dengan ketakutan tahap maksima.
Raina menangis. Badannya menggeletar. Ular tadi membuka mulutnya seluas mungkin. Raina berteriak. Heh. Tapi sayang, tiada siapa yang menyahut. Ular tadi terus sahaja memamah kaki Raina. Muka Raina membiru. Darah memancut-sana-sini. Sakit. Terlampau sakit. Rania kaku. Dilihatnya ke bawah, kaki kirinya sudah kudung. Ular tadi hilang! Rania menangis dan menangis.
"Adakah ini balasan-Mu, Ya Allah?"
Raina berusaha untuk bangun. Tapi tidak berjaya. Dia menangis lagi. Terasa ada cengkaman di bahu kanannya. Tajam. Dapat dirasakan seperti ianya menusuk hingga ke tulangnya. Dia menjerit dengan kuat sekali.
Tiada suara!
Darah tanpa segan-silu menempek di pipinya. Terdapat daging-daging yang terkeluar dari bahunya itu. Raina menjerit lagi, tapi tiada suara juga. Akhirnya dia batuk. Batuk yang semakin lama semakin teruk! Dia muntah. Mengeluarkan darah yang sudah bercampur dengan ulat besar berwarna putih. Sungguh menjijikkan! Raina muntah sekali lagi.
Tiba-tiba sahaja ada tangan kasar berwarna hitam seakan hangus dijilat api memegang kepalanya.
Mana yang lain? apa? tangan sahaja? mana lengan? mana badan? mana? Raina takut.
Tangan itu menghantukkan kepala Raina berkali-kali. Hancur berkecai! Dihantukkannya lagi. Sehingga
mengeluarkan lapisan berwarna merah. Otaknya terkeluar. Darah turun dengan laju.
*********************
Raina tersedar. Dia memegang kakinya. Dia memegang bahunya. Dia memegang kepalanya.
Masih ada!
Rania meraup mukanya yang berpeluh.
"Ya Allah, tadi tu mimpi je"
Raina memeluk kakinya dan merapatkan ke dadanya. Dia meletakkan kepalanya di atas lutut.
Menangis.
"Sungguh aku menyesal. Ampunkan aku Ya Allah, ampunkan aku"
Dia melihat jam di dinding. Pukul 2.30 pagi.
"Tahajjud....."
Comments
Post a Comment